Setiausaha Kehormatnya, Asmirul Anuar Aris berkata, kedudukan pemain itu akan ditentukan melalui Mesyuarat Jawatan Kuasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan pihaknya yang diadakan di ibu negara hari ini.

"(Sehubungan itu) KFA akan mengeluarkan kenyataan rasmi esok," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

KFA dalam kenyataannya hari ini telah menghantar notis rayuan dan dibawa dalam senarai agenda Mesyuarat Jawatan Kuasa Rayuan FAM, hari ini.

Kata kenyataan berkenaan, selain itu pihak pengurusan juga telah mengeluarkan notis kepada Muhammad Akhyar untuk melapor diri ke kem hijau kuning bermula 1 Januari 2019.

Sebelum ini, pemain tersebut diberi pelepasan menyertai kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 pada 15 Disember lepas.

Kontrak Akhyar bersama pasukan Kedah adalah sehingga 30 November 2019.

Muhammad Akhyar sebelum ini dikatakan cuba dipancing oleh Johor Darul Ta'zim (JDT) dan kemudian Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA). - UTUSAN ONLINE