Turut sama tidak disenaraikan dalam skuad 23 pemain adalah Andre Gomes, yang mengalami nasib sama seperti Eder dan Nani walaupun mereka merupakan nama besar dalam skuad Portugal.

Ketiga-tiga pemain ini adalah antara tonggak yang membantu Portugal muncul juara di Euro 2016, di mana Eder menjadi wira dalam aksi final dengan menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Perancis.

Pada usia 33 tahun, pemenang lima kali Ballon d’Or, Ronaldo serta pemain berusia 34 tahun, Ricardo Quaresma menjadi dua pemain berusia lebih 30 tahun di bahagian serangan Portugal.

“Daripada aspek kemanusiaan, adalah amat sukar menyingkirkan pemain yang bersama kami pada Euro 2016.

“Mereka semua memberi sumbangan dalam mencipta sejarah bola sepak Portugal. Tapi saya perlu buat pilihan untuk membentuk pasukan yang lebih baik,” kata pengendali berusia 63 tahun itu.- AFP