Kedua-dua pasukan itu bakal bertemu buat kali pertama di Stadium Estadio Jose Alvalade bagi saingan Kumpulan G dengan kesemua pasukan dalam kumpulan itu berkongsi satu mata.

Wakil dari Slovania, MK Maribor yang memperolehi gol penyamaan di penghujung permainan ketika bertemu Sporting dalam perlawanan pembukaan akan bertandang ke Schalke untuk perlawanan kedua Kumpulan G.

Walaupun Chelsea mempunyai rekod terbaik dalam liga domestik apabila berjaya mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) malah pemain baharu Diego Costa berjaya menjaringkan lapan gol daripada enam perlawanan namun mereka kelihatan beraksi di bawah tahap sebenar ketika bertemu Schalke dalam perlawanan pembukaan.

Mourinho sebelum ini pernah bekerja di bawah legenda Bobby Robson sebagai pembantu di Sporting di antara 1992 dan 1993 mempunyai idea untuk menewaskan naib johan liga Portugal itu malah yakin untuk mara ke peringkat kalah mati.

Pemain tengah Brazil, Ramires akan terlepas perlawanan tersebut manakala Costa masih bergelut dengan tahap kecergasaan.

Mourinho sebelum ini pernah mengetuai Porto ke Liga Juara-juara 2004 dan mengulanginya bersama Inter Milan pada 2010 masih ragu-ragu untuk meletakkan Costa dalam kesebelasan utama.

"Saya tahu bagi penyerang yang kerap menjaringkan gol adalah baik untuk tahap keyakinan mereka terutama pemain sepertinya yang perlu dilindungi bagi menghadapi sesuatu keadaan.

"Sekiranya dia tidak bersama kami menentang Sporting, kami boleh menggantikannya dengan Didier Drogba atau Loic Remy.

"Costa tidak perlu berbuat apa-apa ketika perlawanan itu. Dia perlu berehat dan pulih daripada ketengangan otot yang berlaku setiap kali dia mengalami keletihan.

"Ia adalah kecederaan otot, dia tidak boleh bermain pada hari ini atau menentang Arsenal kerana dia perlu berehat selama dua minggu dan mungkin dia boleh beraksi semula selepas itu," kata Mourinho. - AFP