Real Madrid meraih kemenangan 3-1 di Balaidos dalam aksi pertama La Liga musim ini walaupun tanpa kelibat Modric pada penghujung permainan.

Pemenang Ballon d’Or itu dilayangkan kad merah buat kali pertama dalam saingan La Liga.

Dia diberikan kad merah selepas rujukan kepada Video Bantuan Pengadil (VAR) tetapi menggunakan media sosial untuk mempertahankan dirinya selepas itu.

“Diperintah keluar padang atas sebab yang tidak disengajakan.

“Dalam hidup, saya tidak pernah melakukan perkara sebegitu dengan niat terhadap mana-mana pemain,” katanya.

Bagaimanapun, kapten Madrid, Sergio Ramos, memahami keputusan yang dibuat VAR untuk memberikan Modric kad merah.

“Segala elemen yang digunakan untuk mempertahankan bola sepak adalah bagus.

“Hari ini, ia tidak menyebelahi kami. Saya tidak fikir Modric berniat buruk tetapi dia tiba lewat dan pengadil tidak teragak-agak.

“VAR ada untuk membantu kami dan jika ia untuk melindungi bola sepak, ia dialu-alukan,” kata Ramos.-AGENSI