Suarez mengalami kecederaan di betis kanan sebelum penyerang Bilbao, Aritz Aduriz meledak gol tunggal perlawanan ketika permainan berbaki satu minit.

"Kami tidak bermain seperti diri sendiri," kata pertahanan Barca, Gerard Pique.

Barca turun beraksi tanpa Lionel Messi yang juga mengalami kecederaan betis ketika pramusim malah gergasi Sepanyol itu turut kehilangan Philippe Coutinho selepas dipinjamkan kepada Bayern Munich. - AFP