Pengendali berusia 50 tahun itu yang membimbing kelab sejak Januari lalu berkata, penyakitnya itu dikesan sebelum aksi pra musim bermula.

Bekas pemain pertahanan pasukan kebangsaan Yugoslavia itu akan terus membimbing kelab Serie A berkenaan sepanjang proses mendapatkan rawatan.

“Saya banyak menangis sepanjang hari namun saya tidak mahu orang lain menjadi simpati ke atas saya.

“Saya akan pulih sepenuhnya nanti,” katanya.

Sepanjang karier sebagai pemain Mihajlovic pernah beraksi bersama Roma, Sampdoria, Lazio dan Inter Milan.

Sementara itu, Presiden Bologna, Joey Saputo berkata, dia dapat merasakan bahawa Mihajlovic mampu untuk kembali pulih dan berupaya melawan penyakitnya itu.

“Sudah tentu berita mengenai penyakitnya itu membuatkan kami semua terkejut.

“Saya kenal Mihajlovic, dia seorang yang tidak mudah untuk mengalah dan dia akan kekal sebagai jurulatih pasukan ini,” kata Saputo. - AGENSI