Pengurus The Reds, Jurgen Klopp memberitahu selepas aksi persahabatan di Bradford pada bulan lalu dia berharap Mignolet untuk kekal di Anfield memandangkan jurulatih dari Jerman itu memerlukan dua penjaga gol utama dalam perjalanan mereka memburu trofi.

Bagaimanapun, Mignolet mendapati peluangnya semakin tipis dalam dua musim terakhir. Tempatnya digantikan dengan Loris Karius sebelum ditutup oleh penjaga gol Liverpool, Alisson Becker yang bernilai 64.6 juta pound (RM327 juta).

Mignolet tidak berputus asa malah menaruh harapan tinggi untuk kembali menjadi penjaga gol utama bersama kelab Belgium, Club Brugge yang akan menentang Dynamo Kiev bagi aksi kelayakan Liga Juara-Juara, Selasa ini.

Club Brugge mengumumkan bahawa Mignolet telah bersetuju dengan perjanjian selama lima tahun dan telah menyempurnakan permeriksaan kesihatan.

"Sukar untuk terima apabila kita tidak bermain. Saya amat merindui saat mencapai kemenangan ketika berada di atas padang. Saya faham perasaan orang yang tidak bermain dan duduk di bangku simpanan," katanya. - AGENSI