YUSOFF MAHADI
YUSOFF MAHADI 

Namun, dua wakil persatuan negeri iaitu Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) dan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) yakin terhadap kewibawaan MFL yang diterajui Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menyelesaikan kemelut tersebut.

Timbalan Presiden MUSA, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini, meminta agar semua persatuan bola sepak negeri bertenang dan jangan mudah panik.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, semua persatuan negeri serta kelab seharusnya memberi ruang kepada MFL bagi mencari penaja baharu.

“Kami di Melaka United percaya kepada MFL. Mereka sedang berusaha mencari penaja. Kami faham, proses itu memakan masa dan menyebabkan berlakunya kelewatan. Perkara ini berlaku di luar jangkaan. Kami yakin MFL mampu menyelesaikan tanggungjawab mereka kepada pasukan yang bertanding dalam Liga M,” katanya.

Menerusi laporan Mingguan Malaysia, hari ini, TM menarik diri selaku penaja utama MFL,

ABD. AZIZ YEOP
ABD. AZIZ YEOP 

namun, pengelola Liga M itu tidak mengambil masa lama untuk mengadakan rundingan dengan beberapa prospek penaja baharu dan keputusan akhir dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu hingga sebulan dari sekarang.

Turut sependapat dengan Yusoff, Timbalan Presiden Pafa, Abd Aziz Yeop Jamaluddin yang percaya kepada Tunku Ismail bagi memastikan kebajikan pasukan dalam Liga M terjamin.

“Saya percaya kepada TMJ dan MFL. Pasukan akan menerima geran sebaik sahaja penaja dapat dicari. Saya yakin persatuan tidak terjejas,” katanya.