Pasukan itu menang sekali, seri sekali dan kalah sekali untuk menduduki tangga ke-10 liga dengan mengumpul empat mata.

Mereka memenangi perlawanan terakhir sebelum liga berhenti rehat untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa apabila mengalahkan Mallorca 2-0 di tempat sendiri.

Valencia kini bakal menentang Barcelona di tempat lawan, Sabtu ini tanpa pengurus.

"Valencia CF sudah berbincang dengan Marcelino Garcia Toral hari ini dan tugasnya sebagai jurulatih ditamatkan.

"Kelab mahu mengucapkan terima kasih kepadanya atas kerja dan dedikasi yang ditunjukkan sepanjang bersama kami.

"Kami mengucapkan selamat maju jaya kepadanya pada masa akan datang," kata Valencia dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Marcelino, 54, mengambil ambil pasukan pada Mei 2017 dan membawa mereka menduduki tangga keempat La Liga pada dua musim terakhir, selain muncul juara Piala Sepanyol musim lalu.

Valencia tidak mengumumkan siapakah yang akan menggantikan Marcelino tetapi nama Albert Celades, bekas jurulatih skuad bawah 16 dan 18 tahun Sepanyol disebut-sebut sebagai calon utama.

Celades juga pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Julen Lopetegui dalam tempoh singkat di Real Madrid. - AFP