Aksi mantap Maguire membantu United membenam Chelsea 4-0 dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford.

Kagum dengan persembahan bekas pertahanan Leicester City itu, Pogba memberi gelaran 'The Beast' bagi menggambarkan kehebatannya.

Sepanjang perlawanan itu, Maguire memenangi 71 peratus perebutan bola, selain tujuh kali mengeluarkan bola dari kawasan bahaya untuk membantu Red Devils bermula langkah kanan.

"Saya menggelarnya 'The Beast'

"Sejujurnya, seperti yang anda semua nampak, permainannya sangat memberangsangkan. Dia adalah pemimpin, dia cepat menyesuaikan diri dengan kami ketika latihan.

"Kami bercakap tentang bagaimana hendak mengawal benteng dengan bagus, dan dia juga berkomunikasi baik bersama Victor (Lindelof)," kata Pogba. - AGENSI