Aksi hambar yang dipamerkan kedua-dua pasukan ditentukan menerusi tandukan Denayer yang menyambung sepakan penjuru bekas pemain sayap Manchester United, Memphis Depay pada minit ke-62.

Lyon terpaksa beraksi dengan 10 pemain bagi baki 20 minit permainan selepas pertahanan, Rafael dilayangkan kad merah kerana mengasari Yann M’Vila.

Untuk rekod, keputusan itu menyaksikan Lyon melebarkan rekod tanpa kalah untuk enam perlawanan dalam kesemua kejohanan.

Skuad bimbingan Bruno Genesio itu kini bakal mempersiapkan diri bagi perlawanan penentuan peringkat kumpulan Liga Juara Juara Eropah menentang juara Inggeris, Manchester City di Stadium Groupama, Selasa ini. - AGENSI