Leonardo, 48 tahun yang telah membuat 55 kali penampilan bersama Brazil itu pernah bermain untuk kelab Itali, Serie A berkenaan sejak 1997 hingga 2001 selain berjaya memenangi gelaran liga serta Coppa Itali.

Sebelum ini Leonardo pernah kembali menyertai kelab itu pada 2009 sebagai pengurus menggantikan Carlo Ancelotti tetapi hanya bersama AC Milan selama semusim sahaja.

AC Milan memberitahu bahawa keputusan kelab itu melantik bekas pemain mereka berkenaan adalah untuk meningkatkan kecemerlangan di atas padang.

Ketika di bawah pengurus ketika ini, Gennaro Gattuso, AC Milan hanya menamatkan aksi liga di tempat keenam pada musim lepas sekali gus sekadar layak ke saingan Liga Europa. - AGENSI