Pemain berusia 23 tahun itu menyertai Inter dari kelab Jerman, Hertha Berlin pada musim panas lalu dengan nilai 20 juta pound (RM102 juta).

Pemain sayap dari Austria itu terlepas dua aksi pertama ekoran kecederaan paha.

“Saya tidak sabar untuk beraksi dalam perlawanan pertama untuk Inter. Saya sudah mengikuti Serie A untuk tempoh yang lama, anda boleh lihat betapa hebatnya pemain yang datang ke Itali dan liga mereka berkembang.

“Peminat gilakan bola sepak, sungguh menakjubkan. Sesuatu yang tidak pernah saya lihat. Saya tidak sabar untuk mengalami sendiri perlawanan besar di San Siro.

“Orang bercakap tentang memenangi liga dalam dua atau tiga tahun lagi namun matlamat kami jelas untuk memenanginya pada musim ini. Itu cita-cita kelab dan sudah tentu tinggi.

“Saya fikir Inter kekal sebagai kelab bertaraf dunia dan sekarang selepas perubahan pada musim panas dengan jurulatih dan pemain baharu serta falsafah yang lebih segar pastinya matlamat lebih besar untuk dicapai,” katanya. - AGENSI