The Gunners terlebih dahulu berada di depan seawal minit ke-11 menerusi jaringan Shkodran Mustafi namun Victor Camarasa menyamakan kedudukan pada minit ke-45.

Skuad kendalian Unai Emery itu kembali mendahului permainan hasil jaringan Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-62 bagaimanapun kedudukan tersebut tidak bertahan lama apabila tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi tandukan Danny Ward lapan minit kemudian.

Ketika permainan seakan-akan berkesudahan seri, Alexandre Lacazette muncul wira The Gunners apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-81 selepas menerima umpanan cantik daripada Lucas Torreira. - AGENSI