Abraham membayar kepercayaan Frank Lampard dengan kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris, sekali gus membolehkan pengurus Chelsea itu memadamkan keraguan terhadap penyerang tersebut.

Tiada seorangpun penyerang Chelsea meledak gol dalam saingan Liga Perdana sejak bermulanya kempen tersebut sehinggalah perlawanan semalam, apabila Abraham membuat jaringan sulung untuk membantu kemenangan 3-2 ke atas Norwich.

“Saya sentiasa percayakan diri saya. Saya tahu saya agak bergelut pada awal musim ini, namun saya adalah seseorang yang tidak mahu terkesan dengan perkara itu.

“Nampaknya ia membantu dan sekarang saya telah menyumbang dua gol dan diharap saya boleh terus membuat jaringan untuk Chelsea.

“Ini adalah bola sepak pada akhirnya. Anda hanya perlu menikmati seberapa banyak yang boleh. Ia bukan satu karier jangka panjang, jadi sementara anda mampu menyumbang, anda perlu memberikan yang terbaik dan menikmatinya,” kata Abraham.- AFP