Dalam perlawanan seimbang itu, Malaysia banyak melakukan percubaan menerusi gandingan Norshahrul Idlan Talaha dan kapten pasukan negara, Zaquan Adha Abdul Razak namun tidak berjaya mendapat sentuhan penyudah.

Pasukan lawan turut melakukan asakan, namun kecekapan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che berjaya menafikan beberapa percubaan oleh pemain lawan pada minit ke-19 dan minit-24.

PENYERANG Malaysia, Akhyar Rashid (jersi putih) bersaing dengan pemain pertahanan Kyrgyztan pada per

PENYERANG Malaysia, Akhyar Rashid (jersi putih) bersaing dengan pemain pertahanan Kyrgyztan pada perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia bertemu Kyrgyztan di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka malam ini.  - UTUSAN ONLINE/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

Malaysia turut menggandakan asakan pada penghujung babak pertama menerusi Zaquan yang melakukan tandukan pada minit ke-41 namun mudah diselamatkan penjaga gol Matish Pavel selain gerakan solo Norshahrul yang menewaskan tiga pemain pertahanan pasukan pelawat pada minit ke 43 namun sekali lagi digagalkan Matish.

Bersambung babak kedua, gol tunggal hadir pada minit ke-68 menerusi sepakan kencang deras pemain lawan, Sagynbaev Bekzhan yang memecahkan kebuntuan selepas menewaskan Khairul Fahmi.

PEMAIN Malaysia melambaikan tangan kepada para penyokong selepas tewas tipis 1-0 kepada pasukan Kyrg

PEMAIN Malaysia melambaikan tangan kepada para penyokong selepas tewas tipis 1-0 kepada pasukan Kyrgyztan pada perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka malam ini. - UTUSAN ONLINE/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

Malaysia cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan namun tidak berjaya walaupun Republik Kyrgyzstan bermain dengan 10 orang selepas pemainnya, Iusupov Mustafa dilayangkan kad merah selepas membantah keputusan pengadil pada minit ke-80 dan keputusan itu kekal sehingga tamat wisel perlawanan. - UTUSAN ONLINE