Sebelum ini pengendali kelahiran Jerman itu tidak dibenarkan berada di tempat duduk pemain kerana belum mendapat kad akreditasi daripada Malaysia Football League (MFL).

Menurut Kraljevic, berita tersebut cukup melegakan dirinya yang sebelum ini terpaksa berjauhan apabila terpaksa duduk bersama penyokong sehingga menyukarkannya untuk memberikan arahan.

“Saya sudah dapat kad akreditasi, jadi sudah boleh duduk bersama pemain dan itu cukup menggembirakan.

“Saya harap ia dapat menjadi motivasi kepada pemain untuk memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Kraljevic mengakui berdepan JDT II bukan tugas mudah buat Kelantan.

Katanya, dia mahu anak-anak buahnya kekal fokus untuk berdepan pasukan selatan tanah air itu yang merupakan pendahulu ketika ini.

Selepas mengaharungi tiga perlawanan, Kelantan menghuni kedudukan di tangga ketujuh dengan mengumpul empat mata hasil satu kemenangan, satu seri dan satu kalah. - UTUSAN ONLINE