Perancang Brazil itu dikaitkan bakal menyertai Manchester United dan Tottenham secara pinjaman selepas dia berdepan masalah prestasi di Barcelona.

Bagaimanapun, Bayern Munich pantas melakukan rundingan dan Coutinho memberitahu pengurus Liverpool, Klopp menghantarnya mesej sebaik sahaja dia menyertai kelab gergasi Jerman itu.

"Dia memberi mesej selamat maju jaya kepada saya. Dia memberitahu Bayern kelab besar dan Bundesliga adalah liga yang hebat. Dia memberitahu dia gembira melihat saya berada di sini.

"Bagi saya dia antara jurulatih yang terbaik di dunia. Dia seorang ketua yang bagus. Banyak perkara saya belajar daripada dia terutamanya mengenai psikologi.

"Dia sentiasa menggunakan kata-kata yang betul sebelum dan semasa perlawanan dia sentiasa memastikan pemain berada di landasan yang betul untuk menghadapi lawan. Dia mengubah Liverpool dan menjadikan mereka lebih kuat.

"Satu penghormatan dapat bekerjasama dengannya," kata Coutinho. - AGENSI