Ini bagi memastikan mereka berada pada tahap terbaik sebelum berdepan kelayakan B-23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020, minggu depan.

Ketua jurulatih skuad B-23 negara itu berkata, beliau perlu memberikan lebih banyak peluang kepada pemain yang kurang beraksi kerana mahu mereka berada dalam kecergasan terbaik menghadapi kejohanan kelayakan dari 22 hingga 26 Mac ini di Stadium Shah Alam.

"Perlawanan ini bukan percubaan lagi dan saya akan menurunkan barisan terbaik pada perlawanan berkenaan.“Saya juga mungkin memerlukan khidmat pemain yang jarang diturunkan ini untuk aksi pembukaan pusingan kelayakan menentang Filipina,” katanya ketika ditemui Bernama pada sesi latihan skuad B-22 negara di Stadium Shah Alam, malam tadi.



Mengulas lanjut, Kim Swee berkata perlawanan menentang Australia juga menjadi kayu pengukur kepada persediaan skuad muda negara menghadapi pusingan kelayakan AFC kerana pasukan lawan yang dibimbing Graham Arnold itu boleh dianggap antara pasukan terbaik di benua Asia ketika ini, susulan pelbagai kejayaan diraih skuad ‘The Olyroos’ sejak beberapa tahun lepas.



Dalam pada itu, Kim Swee yakin 27 pemain yang dipanggil untuk latihan pusat kali ini tidak berdepan masalah walaupun kesemua terlibat dalam pelbagai pertandingan termasuk Piala Belia (B-19), Piala Presiden (B-21) dan Liga Perdana kerana mereka memperoleh khidmat daripada Institut Sukan Negara bagi menjaga kecergasan masing-masing. - BERNAMA