Sebelum ini, Vardy berbincang dengan bos England itu dan telah membuat keputusan untuk bersara di pentas antarabangsa selepas kempen Piala Dunia 2018.

Bagaimanapun, Southgate mendedahkan dia boleh mempertimbangkan untuk kembali menerima Vardy jika penyerang Leicester itu bersedia membuat kepulangan bersama skuad Three Lions.

Vardy menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini.

"Jelas sekali dia (Vardy) masih boleh beraksi. Saya tidak kisah untuk membawa masuk dia kembali menyertai skuad namun apa yang pasti pintu ini masih belum tertutup untuk dia sebab dia antara pemain yang bagus dan masih menjaringkan gol dalam perlawanan penting.

"Dia memiliki karekter seperti yang kami ada jadi pintu sentiasa terbuka," kata Southgate. - AGENSI