Ronaldo diberi kepercayaan untuk memakai lilitan kapten oleh jurulatih Portugal, Fernando Santos selepas membuat kemunculan semula setelah berehat selama sembilan bulan.

Penyerang Juventus itu bagaimanapun tidak mampu membantu Portugal mencatat kemenangan ke atas anak-anak buah Andriy Shevchenko.

Keputusan seri itu merupakan kali pertama skuad bimbingan Santos gagal menjaringkan gol di laman sedniri dalam 19 perlawanan dan meninggalkan mereka di tangga kedua kumpulan di belakang Luxembourg, yang menumbangkan Lithuania 2-1.

“Kami tidak beraksi dengan baik seperti yang kami mahukan. Kami bermula dengan perlahan, tidak dapat membuat seperti yang dirancang.

“Pada babak kedua, kami cuba untuk mencipta peluang untuk memenangi perlawanan namun kami gagal menjaringkan gol,” kata pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva.- AFP