Pesawat yang dinaiki skuad kebangsaan itu diterbangkan rendah setibanya di ibu negara Reykjavik sebelum mendarat di lapangan terbang Keflavik dengan beberapa anggota bomba ditugaskan menembak air bagi mewujudkan pelangi sebagai satu penghormatan.


Penyerang Kolbeinn Sigthorsson, yang meledak gol sagu hati ketika Iceland tewas 2-5 kepada tuan rumah Perancis di Stade de France pada Ahad lalu, mengakui berasa gembira dengan kepulangan tersebut.

“Ia seperti impian menjadi kenyataan menerusi sambutan ini. Kami mengharungi satu kempen yang indah.

“Sesuatu impian yang berjaya direalisasikan dan kami sangat berbangga dapat membawa keceriaan pulang ke tanah air,” katanya yang merujuk kepada kira-kira 30,000 penyokong, iaitu 10 peratus daripada populasi penduduk di Iceland yang mengikuti perjalanan mereka di Perancis. - AFP

-habis./././