Desas desus itu diperkuatkan apabila laman Facebook FA Penang memuatkan gambar ketibaan pemain Denmark itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) petang ini yang disambut pegawai Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

Difahamkan, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan malam esok selepas mesyuarat Agung Tahunan FAP.

Ken, 32, yang menyertai Lang Merah pada musim lepas memainkan peranan penting dengan membantu Kedah muncul juara Piala FA, Piala Sumbangsih serta naib Juara Piala Malaysia selain menamatkan kempen Liga Super di tempat keempat.

Bekas pemain remaja skuad kebangsaan Denmark itu sebelum ini pernah mewakili beberapa pasukan termasuk Home United (Singapura), Guangzhou R & F (China) serta SC Heerenveen di negaranya. - UTUSAN ONLINE