Malaysia sedang bertemu Thailand ketika ini dalam aksi terakhir Kumpulan A Kejuaraan Wanita AFF di Chonburi tempang selepas dua tonggak pasukan iaitu Lovelytha Jelus dan Nur Haniza Saarani tidak dapat diturunkan kerana dimasukkan ke hospital sejak semalam selepas positif jangkitan virus tersebut.

“Sementara empat lagi anggota pasukan iaitu dua pemain dan dua pegawai turut mengalami demam dan dibawa ke hospital, namun mujur didapati negatif virus itu.

Selain itu, beberapa pemain lagi juga mengalami sakit tekak dan selesema, sekali gus sedikit sebanyak telah mengganggu persiapan pasukan dan percaturan jurulatih bagi menghadapi perlawanan menentang Thailand itu.

Bagaimanapun, perjuangan harus diteruskan dan skuad wanita kebangsaan itu tetap turun beraksi pada perlawanan bertemu Thailand, malam ini,” kata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang dipetik daripada Facebook rasmi badan induk tersebut.

Ketika ini, Malaysia menduduki tempat kedua hasil dua kemenangan daripada tiga perlawanan. - UTUSAN ONLINE