Jadon Sancho meledak jaringan antarabangsa pertamanya selain Harry Kane dan Raheem Sterling turut meletakkan nama selaku penjaring dalam aksi kelayakan Euro 2020.

Bagaimanapun, kejayaan itu dibayangi kesilapan Michael Keane dan Harry Maguire yang menyebabkan England dibolosi sebanyak tiga kali di laman sendiri buat kali pertama dalam aksi kelayakan dalam tempoh 12 tahun.

“Perlawanan luar biasa. Jelas ada kesilapan mudah di bahagian pertahanan tetapi secara keseluruhan saya gembira dengan aksi hari ini.

“Kami memiliki jentera serangan luar biasa dan mereka memanfaatkan peluang sebaik mungkin.

“Aksi luar biasa kami jelas kelihatan sama seperti kesalahan yang dilakukan di bahagian pertahanan,” kata Southgate.-AFP