Masalah gaji yang membelenggu pasukan dan isu dipotong tiga mata nyata tidak menganggu rentak tuan rumah apabila bermula dengan serangan awal yang hampir menghasilkan jaringan menerusi sepakan percuma Nik Azli Nik Alias, namun sekadar mengeggar palang pada minit ketiga.

Pelawat kemudian bangkit dan hampir meledak jaringan pertama menerusi tandukan Patrick Ronaldinho pada minit ke-14 bagaimanapun berjaya diselamatkan penjaga gawang Kelantan, Abdul Arif Abdullah.

Selepas itu kedua-dua pasukan dilihat buntu untuk memecah kebuntuan jaringan menyaksikan keputusan terikat dengan 0-0 sehingga tamat perlawanan.

Bersambung babak kedua, pelawat lebih banyak mendominasi perlawanan dan hampir mendapatkan jaringan pembukaan pada minit ke-59 menerusi Andre Da Silva rembatan kencang yang berjaya ditepis Abdul Arif.

Abdul Arif selepas itu dipaksa bekerja keras menepis asakan tepat pelawat menerusi percubaan Muhammad Fakrul Aiman Sidid pada minit ke-65.

Kekebalan Abdul Arif di gawang gol Kelantan akhirnya 'lebur' apabila Lee Changhoon meledakkan jaringan kemenangan PDRM pada minit ke-83 seterusnya membuatkan tuan rumah mengigit jari.

Kekalahan tersebut turut meleburkan rekod bersih apabila tumpas buat kali pertama dilaman sendiri. - UTUSAN ONLINE.