Pengurus pasukan, Ahmad Shazwan Muhammad Hassan, berkata kejohanan antara regu dan berpasukan itu menjadi plaftrom terbaik menilai kekuatan serta kelemahan yang ada pada Kelantan Warriors.

Menurutnya, pada kejohanan itu Kelantan Warriors akan membariskan sembilan pemain muda berbakat diketuai tekong, Muhammad Khairul Hisyam Md. Yusoff.

“Berpandukan kepada barisan pemain yang di bawa, kami optimis Kelantan Warriors mampu melangkah ke final kejohanan.

“Besar harapan kami agar barisan pemain dapat memberikan aksi terbaik pada kejohanan itu nanti,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shazwan menghargai tajaan syarikat Ummah Water Sdn Bhd (anak syarikat KO-UMMAH) yang akan menaja minuman isotonik untuk skuad Kelantan Warriors.

“Kami menghargai tajaan yang dihulurkan Ummah Water.

“Ini pastinya menyuntik semangat perjuangan pemain untuk memburu kejuaraan dalam kejohanan tersebut,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE