Kelantan selaku tuan rumah gagal menyekat kemaraan Selangor apabila pelawat dilihat lebih banyak mendominasi perlawanan pada babak pertama menyaksikan anak buah Marko Kraljevic terpaksa bertahan.

Pelawat memperoleh jaringan pertamanya pada minit ke-62 menerusi Mohd. Syazwan Zainol yang tenang menyempurnakan hantaran silang Sandro Da Silva untuk gol pertama.

PENYERANG Selangor, Mohd Syazwan Zainon (kanan) memeluk rakannya, Sandro Da Silva Mendonca
PENYERANG Selangor, Mohd Syazwan Zainon (kanan) memeluk rakannya, Sandro Da Silva Mendonca 

Selangor terus berpesta selepas itu apabila Mohd. Faiz Nasir menambah derita tuan rumah dengan meledakkan dua jaringan pada minit ke-65 dan 87 seterusnya memastikan Red Giant mara ke pusingan seterusnya.-UTUSAN ONLINE