“Malam esok, jika pasukan kami menggunakan kelebihan seperti dilakukan ketika bertemu Kedah, saya yakin pasukan akan memperoleh bekalan selesa untuk aksi timbal balik di Sabah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kelantan mengiringi Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk beraksi di peringkat kalah mati bagi Kumpulan C saingan Piala Malaysia.

Dalam pada itu, Yusri yang juga bekas pemain kebangsaan mahu anak buahnya terus fokus dan tidak terbuai-buai dengan kejayaan menewaskan Kedah minggu lepas, sehingga membolehkan Kelantan beraksi di peringkat suku akhir.

“Pemain hanya pelru mengingati sejarah kemenangan dalam sesuatu perlawanan untuk tempoh dua, tiga hari sahaja, dan selepas itu mereka perlu bekerja keras untuk kembali mengulangi kejayaan yang sama.

“Jadi saya mengharapkan pemain agar lebih memberikan tumpuan dan meningkatkan mutu permainan ketika menentang Sabah,” katanya.

Yusri berkata, beliau turut mengkaji strategi digunakan Sabah dalam beberapa perlawanan sebelum ini untuk mengenal pasti sebarang kelemahan pasukan itu.

“Saya teliti tiga perlawanan terakhir Sabah dan saya lihat pasukan itu sebuah pasukan yang cukup baik terutamanya ketika beraksi di tempat lawan.

“Saya perlu menitikberatkan benteng pertahanan The Red Warriors kerana pasukan lawan mempunyai kekuatan pada jentera serangan,” katanya. - BERNAMA