Penyerang Argentina itu disingkirkan daripada menyertai latihan bersama Inter dan hanya dapat menyertai PSG ketika pasaran perpindahan hampir tutup.

Kelab gergasi Perancis itu mempunyai pilihan untuk membeli Icardi namun bekas penyerang Juventus itu percaya perpindahan tersebut boleh memberi keuntungan kepada PSG atau sebaliknya.

"Tetapi, kenapa Carlo Ancelotti mahu pemain seperti Icardi, tidak boleh memohon maaf kepada rakan sepasukan ekoran kata-kata dari isteri dia yang juga ejennya.

"Daripada sudut teknikal, Carlo perlu penyerang yang kreatif seperti (Dries) Mertens.

"Icardi hanya menjaringkan bola apabila menerima hantaran lintang dari penjuru. Selebihnya, dia tidak boleh melakukan apa-apa seperti penyerang moden patut lakukan.

"Jika dia tidak menjaringkan gol dia tidak akan memberi bola kepada rakan sepasukan. Dia di PSG? Tiada hairanlah sebab kelab Perancis destinasi sesuai untuk pemain yang tiada disiplin," katanya. - AGENSI