Firmino tidak diturunkan dalam perlawanan hari ini dengan harapan dia akan pulih dengan lebih cepat namun hasil pemeriksaan mendapati ia bukanlah sekecil seperti yang disangka.

“Dia berlatih seperti biasa semalam tetapi mula kesakitan selepas selesai. Kami terpaksa tunggu hasil pemeriksaan dahulu dan keputusannya hanya diketahui selepas aksi menentang Huddersfield yang mengesahkan ada koyakan kecil pada ototnya.

“Ia adalah berita buruk,” kata Klopp yang suka mengamalkan sistem penggiliran menjelang detik penting persaingan dengan Manchester City untuk perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini selain aksi separuh akhir Liga Juara Juara Eropah menentang Barcelona.

Ketiadaan Firmino menyaksikan Naby Keita diturunkan dan terus tidak menghampakan apabila menjaringkan gol pertama Liverpool seawal minit pertama permainan sebelum mereka menang 5-0. - AFP