Telerainya kerjasama antara Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan My Inspiration Sdn. Bhd baru-baru ini adalah punca utama bintang tengah berusia 36 tahun itu mengambil keputusan berundur.

KAFA sebelum ini memberitahu, mereka akan mengaji semula kedudukan semua pemain yang dibayar gaji oleh Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn Bhd. ekoran keputusan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Ahmad Fazli Mohammad meletak jawatan minggu lalu.

Ahmad Fazli juga adalah CEO My Inspiration.

“Sebelum berlaku apa-apa, lebih baik saya mengambil keputusan mengundurkan diri.

“Lagipun kepulangan semula ke pangkuan TRW dibuat selepas mendapat tawaran dari Ahmad Fazli Mohammad dan Orrisa Baharom,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Situasi ini pasti sukar buat Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya kerana dia kembali ke pangkuan Kelantan selepas tidak dibayar gaji oleh Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA).

Sebelum menyertai Perlis, Piya juga berdepan isu tunggakan gaji bersama Kelantan, yang difahamkan masih belum melunaskan bayaran sehingga kini. - UTUSAN ONLINE