Jurulatih kelahiran Jerman itu berkata, keresahan dirasainya selepas barisan penyerang yang diketuai pemain import kurang menghasilkan gol pada perlawanan sebelum ini.

"Ia masalah kepada saya dan KAFA kerana sehingga ini pasukan hanya menjaringkan tiga gol dari empat perlawanan sebelum ini.

“Prestasi lemah tidak cukup untuk The Red Warriors (TRW) mencabar dan menewaskan pasukan lawan malam esok," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Selepas empat perlawanan Kelantan hanya mendapat empat mata hasil daripada satu kemenangan, satu seri dan dua kekalahan sekaligus menyaksikan pasukan itu kini berada di kedudukan kelapan Liga Perdana.
Marko berkata lebih meresahkan beliau adalah apabila pasukan lawan dilihat memiliki penyerang yang berkualiti.

"Lebih meresahkan apabila kami terpaksa melupakan khidmat pertahanan import iaitu Cassio de Juses yang mengalami kecederaan di paha, kami akan bermain tanpa pemain import di posisi itu," katanya. - BERNAMA