Penjaga gol berusia 17 tahun itu, akan diserap masuk ke dalam pasukan JDT III.

Julian menerusi akaun Instagram menyatakan rasa gembira apabila dapat menandatangani kontrak profesional pertama dalam kariernya dan mengucapkan terima kasih di atas sokongan serta kepercayaan yang diberikan kepadanya.

“Ia merupakan satu perjalanan yang panjang sehingga sekarang, tetapi ia hanya satu permulaan. Saya mahu memberikan yang terbaik dari diri saya untuk kelab dan juga persekitaran yang baharu untuk saya.

“Saya boleh berusaha dan memperbaiki prestasi saya sebagai seorang pemain bola sepak dan juga seorang yang optimistik. Lagipun saya benar-benar mahu mencapai kesemua sasaran yang telah saya tetapkan untuk diri dan juga kelab. Saya mahu mengalami dan atasi kesemua cabaran dan halangan baharu yang akan dihadapi,” katanya

Julian merupakan pemain berdarah kacukan Malaysia-Jerman yang menetap di Frankfurt dan pernah beraksi bersama skuad B-19 kelab Tus Hornau.

Sebelum ini, Julian pernah menghadiri sesi pemilihan skuad kebangsaan bawah 19 (B-19) yang ketika itu dikendalikan bekas jurulatih Bojan Hodak, namun tidak boleh mewakili negara kerana tiada kad pengenalan Malaysia.

Ibu Julian, Datuk Nooraini Anne Bechler adalah rakyat Malaysia, dan ini melayakkannya dia secara automatik untuk menyarung jersi skuad kebangsaan. - BERNAMA