Aksi Liverpool dalam perlawanan berkenaan membuatkan semua peminat kelab itu pulang dengan keriangan sama seolah selepas memasuki taman tema Disneyland.

Kata Klopp, aksi menentang Arsenal itu adalah yang terbaik dipamerkan Liverpool bagi permulaan musim ini.

“Ia satu aksi luar biasa daripada kami, persembahan semua pemain penuh bertenaga dan saya berpendapat ini adalah aksi yang sewajarnya ketika menentang pasukan seperti Arsenal.

“Dalam masa kami juga terkejut dengan perubahan taktikal yang dilakukan oleh Arsenal namun kami dapat menyesuaikan keadaan sekali gus berupaya meraih kemenangan.

“Secara keseluruhan saya gembira dengan persembahan pasukan namun kami bukan Disneyland dan kami tidak perlu membuatkan semua orang teruja setiap masa,” kata Klopp.

Dalam perlawanan tersebut tiga gol Liverpool dijaringkan oleh Joel Matip pada minit ke-41 dan dua daripada Mohamed Salah pada minit ke-49 hasil sepakan penalti serta minit ke-58.

Sementara gol tunggal Arsenal dijaringkan oleh Lucas Torreira pada minit ke-85. - AGENSI