Pemain kebangsaan Perancis itu menyertai skuad Catalan dengan nilai 120 juta euro (RM554 juta) pada musim panas ini.

Griezmann menaikkan kemarahan penyokong Atletico apabila memuat naik video bahawa dia sedia memberikan komitmen sepenuhnya kepada kelab pada tahun lalu, sebelum tiba-tiba menyertai Barca.

Costa bagaimanapun berkata, perpindahan ke pasukan gergasi Sepanyol itu sebagai impian menjadi kenyataan buat pemain berusia 28 tahun itu dan mengingatkan penyokong agar menerima hakikat tersebut.

"Impian Griezmann untuk bermain bersama Lionel Messi dan Luis Suarez.

"Sebagai pemain bola sepak, anda sering mahu menguji diri dan adalah sangat normal apabila dia ingin bermain di sana, untuk melihat sama ada dia mampu menjadi pemain penting seperti di Atletico sebelum ini.

"Kami tidak boleh berkata perkara yang buruk," katanya.- AGENSI