Wan Abdul Rahim berkata, masih terlalu awal untuk para penyokong mengukur kemampuannya yang baharu dua hari menerajui badan induk itu.

“Beri ruang kepada saya untuk menjalankan tugas. Sekiranya gagal saya sedia berdepan dengan kritikan daripada penyokong. Jangan ‘takir ambo’ sekarang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah dan barisan kepemimpinan baharu badan induk itu.

Wan Abdul Rahim memberitahu, keputusan mesyuarat semalam sebulat suara melantik Hussien Deraman sebagai setiausaha agung badan induk itu yang baharu.

Katanya, tokoh usahawan Datuk Dr. Alex Ong dilantik sebagai bendahari.

“Kita akan mulakan persiapan pasukan untuk musim 2020 seawal Ogos ini,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE