Malaysia bakal bertemu Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno pada 5 September ini dan isu keselamatan menjadi topik hangat yang diperkatakan memandangkan pasukan negara sering kali berdepan detik cemas setiap kali beraksi di republik itu.

Ratu Tisha berkata PSSI telah mengadakan pertemuan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam malah badan induk tersebut turut melawati kawasan sekitar venue perlawanan.

“FAM memberitahu bahawa 3,000 penyokong akan datang bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

“Mereka meminta agar kempen persahabatan dilancarkan dengan tema ‘Kita Serumpun’ antara Indonesia dan Malaysia.

“Oleh kerana itu,kita hari segera bersiap menjadi tuan rumah yang baik. Menyambut mereka dengan kreativiti dan nyanyian yang meriah,” kata Ratu Tisha yang dipetik daripada Indosport.com hari ini. - UTUSAN ONLINE