Ketika ini kelab Itali berkenaan sedang menjalani latihan di Switzerland sebelum berdepan aksi persahabatan menentang Manchester United, Juventus, Paris Saint-Germain, Tottenham dan Valencia.

Pemergian bekas kapten, Icardi itu mungkin bermakna itu adalah hari terakhir dia bersama Nerazzurri.

Icardi mengalas tugas kapten semasa musim 2018-19 dan tanggungjawab itu digantung selepas timbul ketegangan antara dia dan kelab.

Inter Milan hanya mengeluarkan kenyataan ringkas yang memberitahu keputusan berkenaan di buat berdasarkan persetujuan bersama. - AGENSI