Ketua Pegawai Ekesutif KRW Shd. Bhd. Ahmad Fadli Mohammad berkata, hasil penelitian yang telah dibuat pihaknya mendapati jumlah hutang lapuk Kafa dengan bekas pemain The Red Warriors (TRW) dianggarkan berjumlah RM3 hingga RM4 juta.

Menurutnya, sebagai permulaan KRW Sdn. Bhd akan melangsaikan hutang lapuk Kafa dengan Mohd. Badhri Radzi yang telah mencetuskan isu hangat sebelum ini.

“Kita bawa masuk semula Mohd. Badhri Radzi adalah sebahagian daripada proses pensturukturan semula hutang-hutang Kafa dengan pemain berkenaan.

“Insya-Allah, bermula 1 April nanti pegawai saya akan menghubungi pemain terlibat (mempunyai tunggakan hutang) untuk berbincang mengenai cara dan keadah pembayaran,” katanya.

Ahmad Fadli memberitahu, KRW Sdn. Bhd juga akan turut melunaskan bayaran hutang bekas pengarah teknikal TRW Alfredo Gonzales selewat-lewatnya 5 April ini.

Katanya, pensturukturan semula hutang-hutang lapuk ini penting bagi memastikan ia tidak menjejaskan perbelanjaan pasukan musim 2019.

“Ramai orang tak faham, bila kami ambil alih semua masalah (hutang) akan selesai, harus diingat KRW Sdn. Bhd. bukanlah superman kerana ia melibatkan jumlah tertentu.

“Apa yang kita lakukan ini adalah titik tolak keseriusan pengurusan bola sepak baharu bola sepak Kelantan dalam melicinkan semula pentadbiran pasukan,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE