Pengendalinya, Zahasmi Ismail berkata, ia berpunca daripada perbezaan ‘level’ antara saingan Liga Super dan Liga M3 yang agak ketara.

“Separuh masa pertama kita bermula dengan baik dan berjaya menghasilkan jaringan serta menyekat lawan daripada menyamakan kedudukan. Namun, semuanya berubah apabila kesilapan mudah dan hilang fokus sehingga membenarkan lawan mendapatkan dua jaringan dalam tempoh tidak sampai tiga minit,” katanya.

Zahasmi memberitahu, situasi itu nyata telah ‘meragut’ aksi cemerlang yang diperagakan oleh anak-anak buahnya pada babak pertama.

Katanya, dia mahu kembali fokus kepada saingan M3 yang sedang berlangsung ketika ini.

Pada perlawanan itu, Kelantan United terlebih dahulu berada didepan seawal minit kesembilan menerusi sepakan lambung menarik Mohammad Rozaimi Azwar Mat Noor yang melepasi jangkauan penjaga gawang TFC 1, Mohd Suffian Ab. Rahman.

Separuh masa kedua, TFC 1 mempamerkan aksi kebangkitkan luar biasa apabila meledakan tiga gol untuk memadamkan kelebihan yang dicipta Kelantan United sebelum itu.

Gol-gol TFC 1 dihasilkan menerusi Sanjar Shaakhmedov (minit ke-50), Tchetche Kipre dan kapten pasukan, Lee Andrew Tuck (minit ke-73). - UTUSAN ONLINE