Beliau berkata, sekiranya tidak mendapat tawaran PSG ini, dia sendiri tidak tahu ke mana haluan yang hendak ditujunya untuk meneruskan karier sebagai pemain bola sepak profesional.

“Apabila sebuah kelab yang mempunyai cita-cita besar dan terletak di sebuah bandar antara yang tercantik di dunia menawarkan kontrak, tidak sukar bagi saya untuk membuat keputusan.

“Sudah tentu selepas meninggalkan Manchester United, tempat paling sesuai adalah PSG: kelab terbesar Perancis yang mempunyai pemain terbaik dunia. Saya merasa cukup bernasib baik,” tegas pemain dari Sepanyol berusia 29 tahun itu.

Herrera yang menandatangani kontrak selama lima tahun dengan PSG dijadual akan memulakan latihan pra-musim bersama kelab itu sebelum menghadapi saingan musim baharu nanti. - AFP