Ketua Jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan berkata, bagi mengisi kekosongan itu, beberapa pemain dari benua Afrika, Amerika Selatan dan Australia akan tiba di negeri dalam masa terdekat untuk diuji.

Katanya, tempoh 17 hari masa rehat yang dimiliki sebelum perlawanan Liga Super menentang Kelantan di tempat lawan diharap dapat menemui pengganti sesuai untuk menyertai pasukan berkenaan yang kini semakin dihimpit isu prestasi. – UTUSAN ONLINE