Rentak kemenangan pasukan utara London itu terjejas sebelum ini, apabila kekalahan kepada Chelsea dan Manchester United.

Namun, mereka menang 1-0 ke atas Liverpool, minggu lalu.

Ia merupakan menghidupkan semula buruan kejuaraan dan merangsang semula semangat Gunners

"Ia bakal menjadi amat sukar jika kalah kalah kepada Liverpool tempoh hari, kini kami akan menentang Porto dengan keyakinan tinggi," kata jurulatih Arsene Wenger.

Perlawanan pusingan kalah mati pertama Liga Juara-juara lebih getir buat Arsenal, apabila bakal menentang Bayern Munich atau salah satu kelab gergasi Milan, tetapi Wenger berkata, Porto juga mampu menimbulkan kerumitan.

"Perlawanan di Porto merupakan satu undian getir. Mereka tidak tampak seperti sebuah pasukan berprestij tetapi setiap tahun, mereka berada dalam Liga Juara-Juara dan mampu mengejutkan.

''Mereka bermain amat baik, baru-baru ini," katanya.

Latar belakang Porto yang pernah memenangi dua gelaran Eropah, menonjol dalam perlawanan terbaru ketika menentang pasukan dari England.

Mereka kalah 0-4 di Emirates musim lalu, tetapi menerajui kumpulan dan menyulitkan United pada peringkat suku akhir.

Kekalahan menentang Chelsea musim ini merupakan perlawanan yang sengit dan mampu berkesudahan seri.

"Arsenal merupakan pasukan England yang paling menyulitkan kami. Apabila mereka bagus, mereka bermain sebagai satu perlawanan yang sukar disekat," kata jurulatih Porto, Jesualdo Ferreira.

"Namun, prestasi mereka goyah. Jika kami mengharungi hari yang bagus, kami mampu menyukarkan mereka," katanya.

Porto di tempat ketiga dalam liga tempatan, bermula dengan teruk dan bergelut untuk mencari pengganti pemain tengah yang berpengaruh, Lucho Gonzalez, yang dijual ke Marseille.

Keputusan seri 0-0 ketika menentang Leixoes, Sabtu lalu, menunjukkan persembahan mantap, disusuli kemenangan yang berterusan.

Kebanyakannya hasil gerakan pemain tengah yang kreatif, Ruben Micael, yang berjaya memulihkan pasukan itu sejak menyertainya dari Nacional pada Januari.

Dengan pemain Argentina yang mahir, Belluschi, juga Micael, Porto memiliki barisan tengah yang penuh berhelah.

Di bahagian serangan, mereka telah menggantikan Lisandro Lopez dengan seorang lagi penjaring gol prolifik, pemain Colombia - Radamel Falcao, manakala Silvestre Varela menjadi ancaman di bahagian sayap.

Penyerang tegap Brazil, Hulk, yang digantung sejak Disember lalu, disenarai dan mampu menjadi pemain gantian.

Arsenal berdepan kecederaan penyerang Rusia, Andrei Arshavin yang mengalami kecederaan urat pelipat lutut, dan keadaan Alex Song diragui dengan kecederaan lutut. - Reuters