Ahli perniagaan dari Kota Bharu itu sebaliknya me­negaskan, tujuan utama dia menawar diri sebagai Pre­siden KAFA adalah untuk menyelamatkan The Red Warriors (TRW) yang sedang bergelut masalah kewangan kronik ketika ini.

AMRIL AIMAN AB AZIZ
AMRIL AIMAN AB AZIZ 

“Niat utama saya ialah memperbaiki dan memulihkan semula Kelantan daripada segala masalah yang sedang berlaku ketika ini.

“Jadi saya harap Bibi Ramjani faham (hasrat menyelamatkan pasukan). Saya juga ingin tegaskan disini bahawa tiada sengketa antara kami,” kat­anya.

Akhbar tempatan semalam melaporkan, Bibi Ramjani mahu Amril Aiman segera bertemu Timbalan Presiden KAFA Datuk Seri Affandi Hamzah sekiranya berminat mengambil alih pucuk pimpinan badan induk itu.

Amril Aiman memberitahu, beliau akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat dengan Affendi bagi membincangkan perkara tersebut.

Katanya, pertemuan itu amat penting bagi memboleh­kannya mendapatkan maklumat lengkap mengenai KAFA seterusnya membolehkan persiapan awal dilakukan.

“Saya harap proses peralihan kuasa ini berjalan dengan lancar bagi memastikan prestasi TRW dapat dipulihkan semula

“Namun begitu, harus diingat proses ini mungkin mengambil masa yang agak lama antara sebulan hingga ke dua bulan,” kata usahawan muda berusia 31 tahun itu.