Kecemerlangan yang dipamerkan oleh pemain berusia 21 tahun itu tepat pada masanya iaitu sehari selepas jurulatih Portugal, Fernando Santos memberitahu dia masih lagi ragu dengan kesebelasan utama yang bakal diturunkan bagi aksi pembukaan Piala Dunia menentang Sepanyol pada 15 Jun ini.

Juara Euro itu turut bakal berdean Iran dan Morocco dalam aksi peringkat kumpulan manakala Algeria yang melangkah ke saingan 16 akhir pada 2014 gagal layak ke Rusia.

Portugal bermula garang dan Cristiano Ronaldo yang beraksi dalam perlawanan pertama sejak final Liga Juara-juara pada 26 Mei lalu, dibatalkan jaringannya selepas pemain itu dikatakan berada dalam kedudukan ofsaid.

Bagaimanapun, Guedes yang telah membuat sembilan penampilan dan satu gol sebelum perlawanan itu, berjaya meletakkan Portugal di depan seawal minit ke-17 selepas William Carvalho melakukan hantaran jauh melepasi pertahanan Algeria yang disambut tandukan Bernardo Silva tepat ke arah pemain itu.

Ronaldo menbantu gol kedua pada minit ke-37 apabila hantarannya dimanfaatkan dengan baik oleh Bruno Fernandes bagi jaringan pertamanya di peringkat antarabangsa.

Pada minit ke-55, Guedes sekali lagi menunjukkan bakatnya apabila bijak menyambut hantaran daripada Raphael Guerreiro sebelum menanduk tepat ke gawang lawan untuk gol ketiga. - REUTERS