Juara Bundesliga itu secara terbuka mahu mendapatkan Sane yang bernilai 90 juta pound (RM460 juta) dan sedang menunggu jawapan daripada pemain kebangsaan Jerman tersebut.

Sane masih mempunyai baki kontrak dua tahun dan sehingga kini City masih gagal untuk memperbaharui kontraknya.

"Kelab ada membuat tawaran kepadanya pada tahun lalu. Kami mahu semua orang gembira apabila berada di sini. Kami akan membantu dia sebaik mungkin terhadap potensi yang dimilikinya.

"Keinginan untuk mengekalkan dia sentiasa ada. Saya sudah bercakap dengan kelab 10 kali bahawa saya mahu semua orang gembira di sini, jika tidak mereka boleh pergi," kata bos City, Guardiola.

Guardiola itu simpati ke atas nasib pemain berusia 23 tahun itu selepas kurang diturunkan sebagai kesebelasan utama sebaik sahaja musim memasuki pusingan kedua pada musim lalu.

"Dia tahu, pemain semua tahu bahawa kesukaran yang dihadapi adalah sebab kualiti yang kami ada.

"Dia ada kualiti yang sukar didapati pada mana-mana pemain," kata Guardiola lagi. - AGENSI