Coman yang meledak dua gol ketika Les Blues mengalahkan Albania 4-1, Sabtu lalu membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-18.

Griezmann berpeluang menggandakan kedudukan apabila Perancis dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-30.

Sepakan penyerang Barcelona itu bagaimanapun diselamatkan oleh penjaga gol Andorra, Josep Gomes.

Minggu lalu Griezmann juga gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika berdepan Albania.

Dia bagaimanapun menebus kekecewaan itu dengan mencipta gerakan yang disempurnakan oleh Clement Lenglet pada minit ke-52 untuk gol kedua Perancis.

Wissam Ben Yedder melengkapkan kemenangan 3-0 tuan rumah, seminit memasuki waktu kecederaan.

Les Bleus kini mendahului Kumpulan H dengan berkongsi 15 mata bersama Turki yang membenam Moldova 4-0 dalam satu lagi perlawanan. - AFP