Justeru, Piya turut berharap agar seluruh pemain dapat memberi fokus sepenuhnya menjelang sepak mula saingan Liga Perdana menentang UKM FC awal bulan depan.

“Kita fokus perlawanan pembukaan nanti dan apa jua perkara remeh-temeh kita letak tepi dulu. Apa yang penting sasaran kita adalah untuk naik ke Liga Super musim depan.

“Pasukan sudah bersedia dengan semangat yang tinggi untuk beraksi. Kita akan memberikan persembahan terbaik untuk Perlis dan tidak akan mengecewakan para penyokong,” katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Perlis, Manzor Azwira pula berkata, para pemain sudah bersedia sepenuhnya menjelang saingan Liga Perdana bulan depan.

Katanya, gabungan pemain muda dan berpengalaman di dalam pasukan juga dilihat semakin serasi.

“Meskipun timbul cerita-cerita tidak enak baru-baru ini namun pemain sentiasa positif supaya fokus mereka tidak terjejas.

“Biasalah, pasukan baharu perlu lalui banyak ujian dan dugaan. Ada yang sokong, ada juga yang tidak senang hati dengan mencari perkara-perkara negatif dalam pasukan. Namun ia tidak melemahkan semangat kami,” katanya. - UTUSAN ONLINE