Anugerah tersebut, yang diperkenalkan pada tahun 2018 menyaksikan FAM bersama Persekutuan Bola Sepak Republik Islam Iran, Persatuan Bola Sepak Jepun, Persatuan Bola Sepak Uzbekistan dan Persatuan Bola Sepak China berada dalam senarai pendek.

Pemenang anugerah tahun ini akan diumumkan pada 30 Oktober nanti pada Sidang Tanggungjawab Sosial AFC tahunan di Kuala Lumpur.

Untuk rekod, FAM diumum sebagai pemenang Anugerah Dream Asia AFC 2018 dalam kategori Pembangunan tahun lepas. -UTUSAN ONLINE